Assalamualaikum,
Harini nak bercerita sedikit. Putus cinta memanglah menyakitkan, menyedihkan. Tapi sampai bila? Nah, saya nak bercerita. Bagaimana seorang atlit bina badan boleh mencapai bentuk badan yang sebegitu mantap.
Jawapannya senang saja, disiplin. Baiklah, sebenarnya tiada kaitan pun :) Apa yang saya nak sampai kan, apa yang perlu dilakukan bila putus cinta.
Bila putus cinta, akan ada 2 pilihan saja, sama ada positif atau negatif.
Pilihan positif, -
1. selepas putus cinta, kita terus mengelakkan diri dari mengingati si dia, dan menyibukkan diri dengan benda lain.
2. selepas putus cinta, kita dekatkan diri dengan Allah. Saya sangat yakin semasa kita bercouple, kita akan rasa jauh je dari Allah kan?. Sebabnya, kita pun berasa malu untuk meminta pertolongan Allah, sebab kita sedar akan kesalahan yang kita buat semasa bercouple tu kan? :) Jadi, gunakan alasan break up sebagai anjakan paradigma untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Cara mendekatkan diri dengan Allah adalah, dengan membanyakkan baca Al-Quran dan terjemahannya, banyakkan zikir, solat-solat sunat, selawat, sedekah, dan banyak lagilah.
3. selepas putus cinta, mata kita akan terbuka bahwa kata-kata manis, janji-janji manusia ini tidak boleh dipegang. Kerana manusia sering berubah-rubah. Apa taknya, bila bercouple, janji setia segala, kata2 semua nak manis2 je an.. hahahaha Pengajarannya, kata-kata manusia ni kita tidak boleh pegang, hanya kalam Allah sahaja yang boleh dipegang.
4. Selepas putus cinta, adalah lebih baik kita tanamkan dalam diri untuk tidak bercouple lagi. Sematkan dalam hati untuk mencari jodoh yang sebenar untuk dijadikan pasangan yang sah terus :) Nah, inilah yang terbaik. Couple itu tidak haram, tapi mendekatkan diri pada kemaksiatan. Jadi, baik dielakkanlah :)
Plihan negatif pula, -
1. kita akan menunggu pasangan yang meninggalkan kita itu walaupun dia sudah berkahwin. Nah, tu dia, macam ni punya orang pun ada. Dah cinta gila sangat dah tu an. hahahah
2. Kita membalas dendam dengan ex kita itu dengan cara menyebarkan gambar2 peribadinya, memburukkan dia pada orang lain, kawan-kawan lain, dan keluarga. Ini lagi lah tidak patut. Yang lagi tak patut, bila kita menggunakan ilmu hitam untuk membalas dendam, naauzubillah.
3. Kita menyiksa diri dengan mogok lapar, bunuh diri, dan sebagainya yang dianggap kerja bodoh :p
Ha... cukuplah kot. Kesimpulannya, come on, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor an :D dekatkan diri dengan tuhan, sesungguhnya Allah itu kekasih abadi kita. Jangan nak tension-tension sebab putus cinta. bila dah putus tu, jangan lah berharap pasangan anda itu akan kembali pada anda, sebab peratusan untuk dei menerima anda semula adalah sangat rendah!
Chill lah. Allah kan ada :) Jika si dia tak boleh menerima kita, yakinlah Allah akan beri jodoh sebenar untuk jadikan pasangan sampai mati :) Janganlah diingatkan sangat kenangan dengan si dia tu, sesekali kita perlu jadi heartless hahaha
ok, thats all
Thanks!