Friday 3 May 2013

Haram keluar mengundi PRU 13

'Jamuan (Al-Maidah):3 - Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'

Dalam ayat di atas ada dinyatakan mengundi nasib dengan anak panah adalah kefasikan. Kita sedia tahu ayat-ayat Al-Quran mempunyai 2 maksud, iaiti maksud tersirat dan maksud tersurat. Mengundi nasib dengan anak panah juga boleh membawa maksud mengundi semasa pilihanraya. Anak panah yang berbentuk X tidak lain, ia melambangkan bentuk X yang kita tanda semasa mengundi.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk mempercayai ayat2 Allah atau tidak. Allah berikan kita akal untuk memikirkan hikmahnya Al-Quran itu.

Perlukah kita mengundi di Pilihan Raya  Umum akan datang ini? Jawapannya wajib!

Kenapa? Sebab dengan kemenangan islam, barulah dapat dilaksanakn peraturan islam yang sebenar. Barulah demokrasi berperlembagaan itu dapat diubah kepada corak pemerintahan islam.

Percayalah demokrasi bukanlah satu kaedah pemerintahan yang baik. Terlalu banyak kelemahan.