Monday, 17 September 2012

Akidah-Ikatan?

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit pasal akidah. Saya bukanlah orang yang pakar dalam bab keagamaan, tapi sekadar mahu berkongsi ilmu Allah. Akidah atau ikatan dengan Allah adalah perjanjian manusia dengan Rab nya. Apa perjanjian itu?

Mudah sahaja,

  1. Melakukan segala suruhannya.
  2. Meninggalkan segala larangannya.
Mudah bukan. Simple je. Contohnya, suruhan Allah, lakukan amal soleh, seperti memberi sedekah, menolong ibu bapa, orang susah dan sebagainya. Banyak lagi suruhannya bolehlah dirujuk pada kitab-kitab atau laman-laman web yang banyak berkongsi ilmu.

Meninggalkan larangannya, seperti, maksiat, seperti membuka aurat, zina, memandang perkara mungkar, bergaul bebas dan sebagainya..

Dari mana panduannya? Al-Quran lah panduan yang lengkap untuk umat manusia :)

Sekian terima kasih.

Sunday, 16 September 2012

Tengok Cermin..

Assalamualaikum,

Harini rasa nak kongsi doa tengok diri dalam cermin. Saya copy and paste je picture berikut dari google ;)

Ha... Lepas ni, bila nak berhansem-hansem depan cermin tu, jangan lupa ingat dalam hati, 

'YA ALLAH, ENGKAU MENCIPTAKAN TUBUHKU SEDEMIKIAN DENGAN CANTIK, KAU CANTIKKANLAH PULA AKHLAKKU.'

Mudah kan? ^-^ dari situ kita berdoa untuk mendapat akhlak yang cantik, indah dan sempurna sebagaimana Allah telah sempurnakan penciptaan kita.

Sekian, terima kasih.

Saturday, 15 September 2012

Berjaya?

Assalamualaikum,

Malam-malam macam ni rasanya lagi tenang untuk berbicara. Walaupun besok pagi-pagi pukul 5 setengah dah nak kene bangun - nak naik Bukit Broga, tapi kita harus yakin jika niat baik, akan dipermudahkan cara.

Malam ni nak cerita sedikit pasal berjaya. Suka untuk saya menceritakan sesuatu yang jarang diceritakan oleh orang lain. So, saya tak kan sebutkan pasal berjaya itu mengikut kefahaman biasa kita. 

Sangat mudah, berjaya... Bila kita dapat berubah menjadi lebih baik, itulah berjaya. Berjaya kepada diri sendiri. Bahasa ringkasnya, berjaya->lebih baik. Contoh, mendapat degree, itu berjaya daripada tiada degree kepada ada degree. Mudah. Tapi.... Takkan setakat itu sahaja? 

Kita mahukan berjaya luar biasa. Bagaimana? Berjaya luar biasa bila mana kita dapat menjadikan seseorang itu berjaya seperti kita, mahupun lebih lagi. Nah.. Itulah berjaya yang kita kejar! 

Bagaimana? Pertama, berkongsi adalah cara untuk berjaya luar biasa. Kongsi setiap ilmu kita dengan orang lain. Kedua, memimpin orang itu bersama-sama bergerak dengan kita seiiringan. 

Baiklah, contohnya. Saya bertanya jalan ke Mid Valley dari Ampang. Pertama saya hanya tanya dan orang itu menunjuk jalannye melalui percakapan sahaja - dan sedikit lakaran. Ya, itu memudahkan saya tiba ke destinasi. Tetapi jika saya tanya dan orang itu iringi kereta saya sekali hingga ke destinasi, adalah lebih mudah untuk saya tiba, bukan? 

Begitulah, kita perlulah banyakkan memimpin orang, menolong orang jika kita sudah berjaya. Apalah nilai sebuah ilmu jika tidak disebarkan.

Saya tegaskan, adalah sangat penting untuk kita memimpin dan dipimpin! Ye! Jika kita berilmu, pimpinlah orang yang tidak berilmu. Dan jika kita jahil, carilah pimpinan dari yang mengetahui.

Cukuplah, sedikit yang terkesan ke hati itu lebih berharga dari banyak tapi tiada kesan. 

'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'
Al-Mu'minuun(23): Ayat 1

Nah.. Di lain masa kita cerita pasal orang beriman pula ya.. ^-^

Kalau tak beriman, tak berjaya lagi tu tau ;)

Sekian, terima kasih.

Saturday, 1 September 2012

Apa perasaan awak?



Assalamualaikum,

Kali ni saya nak post sikit lari tajuk. Heeee Tak salah rasanya. Hmmm saya yakin ramai antara kita pernah bercinta. Bercouple, berkasihan, dan berteman istimewa dengan seseorang.

Di tengah hari ini saya terfikir... Allah dah mengaturkan hidup saya sebaiknya.. Sangat sempurna. Mungkin hasil doa kita hari-hari. Allah tahu akan kelemahan saya, Allah maha mengetahui segalanya.

Cuma saya terfikir, apa yang sebenarnya mnyebabkan si dia mahu berpisah dengan saya?? (kisah silamku :) ) Yelah, mengikutnya memanglah kerana satu sebab ini.. Tapi saya macam tak yakin, mungkin ada sebab lain. Dan, saya tertanya-tanya, apa yang dia rasa sekarang, takkah dia rasa seperti aku rasa. Pelik, dengan mudahnya dia dapat meninggalkan saya. Tapi tak apa, saya tak sedih, cuma pelik saja, perempuan memang semua macam tu kah?? hehehe tak apalah, saya tak kisah.

Apa yang saya tahu, SEMUANYA KETENTUAN ALLAH. SANGAT MENAKJUBKAN PENGATURANNYA. Masya Allah! Allah Akbar!

Aku bersyukur kerana aku terpilih. Tak tahu bagaimana saya nak mnyatakan syukur aku lagi. Hanya tangisan boleh disampaikan, sesungguhnya saya insan yang lemah.

Pasti bosan dengan cerita di atas kan?? :D

Baiklah, saya cuma pelik, dia boleh menghilang begitu sahaja. Hebat! Thank you Allah!

'Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'
Al-Baqarah(2): Ayat 155


Terima Kasih.