بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,Malam-malam begini rasanya lebih tenang untuk saya berbicara terus ke dasar hati. Pernahkah anda terfikir apa yang anda inginkan dalam hidup anda?
Anda mahu kaya? Berjaya dalam kerjaya? Berkeluarga bahagia? Manusia sememangnya mahukan kesempurnaan. Jika mahu menjadi kaya, setakat kerja government, senang-senang je dapat loan beli rumah, kereta second class.
Apa yang saya ingin sampaikan, adalah kehidupan ini jikalau mengejar harta dunia, memang tak ke mana. Oleh itu kita haruslah mencari sesuatu iaitu bekalan untuk menempuh hari muka. Mungkin ramai yang masih tidak mengerti atau tidak mendapat petunjuk untuk melakukan perubahan.
Untuk malam ini saya ingin menceritakan sedikit tentang BERSYUKUR. Ramai yang kata kita perlu bersyukur. Sedangkan tahukah kita erti sebenar syukur itu.
Dari segi kata yang mudah, syukur itu adalah berterima kasih (syukran). Sebagai contoh, kita menerima hadiah daripada seseorang, semestinya kita berterima kasih, iaitu bersyukur kepada orang tu. Tapi takkan hanya melalui kata-kata, kita menzahirkan kesyukuran itu??
Pastinya tidak cukup dengan hanya mengungkapkan dengan mulut akan kesyukuran, tetapi lebih berkesan lagi dengan perbuatan. Iaitu, kita akan menggunakan pemberian orang itu hari-hari, dan semestinya si pemberi itu berasa dihargai bukan?
Samalah konsepnya dengan hubungan kita dengan Allah, takkan cukup mengatakan saya bersyukur dengan nikmat-Mu sahaja. Ia haruslah diiringin dengan perbuatan.
Tetapi rasanya saya akan menyambung pada post yang akan datang berkenaan cara untuk kita bersyukur sebenarnya.
Sepotong ayat untuk renungan,
'Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur'
Surah Al-A'raf(7): Ayat 10
Sekian terima kasih.
الحمدلله
No comments:
Post a Comment