Monday, 17 September 2012

Akidah-Ikatan?

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit pasal akidah. Saya bukanlah orang yang pakar dalam bab keagamaan, tapi sekadar mahu berkongsi ilmu Allah. Akidah atau ikatan dengan Allah adalah perjanjian manusia dengan Rab nya. Apa perjanjian itu?

Mudah sahaja,

  1. Melakukan segala suruhannya.
  2. Meninggalkan segala larangannya.
Mudah bukan. Simple je. Contohnya, suruhan Allah, lakukan amal soleh, seperti memberi sedekah, menolong ibu bapa, orang susah dan sebagainya. Banyak lagi suruhannya bolehlah dirujuk pada kitab-kitab atau laman-laman web yang banyak berkongsi ilmu.

Meninggalkan larangannya, seperti, maksiat, seperti membuka aurat, zina, memandang perkara mungkar, bergaul bebas dan sebagainya..

Dari mana panduannya? Al-Quran lah panduan yang lengkap untuk umat manusia :)

Sekian terima kasih.

Sunday, 16 September 2012

Tengok Cermin..

Assalamualaikum,

Harini rasa nak kongsi doa tengok diri dalam cermin. Saya copy and paste je picture berikut dari google ;)

Ha... Lepas ni, bila nak berhansem-hansem depan cermin tu, jangan lupa ingat dalam hati, 

'YA ALLAH, ENGKAU MENCIPTAKAN TUBUHKU SEDEMIKIAN DENGAN CANTIK, KAU CANTIKKANLAH PULA AKHLAKKU.'

Mudah kan? ^-^ dari situ kita berdoa untuk mendapat akhlak yang cantik, indah dan sempurna sebagaimana Allah telah sempurnakan penciptaan kita.

Sekian, terima kasih.

Saturday, 15 September 2012

Berjaya?

Assalamualaikum,

Malam-malam macam ni rasanya lagi tenang untuk berbicara. Walaupun besok pagi-pagi pukul 5 setengah dah nak kene bangun - nak naik Bukit Broga, tapi kita harus yakin jika niat baik, akan dipermudahkan cara.

Malam ni nak cerita sedikit pasal berjaya. Suka untuk saya menceritakan sesuatu yang jarang diceritakan oleh orang lain. So, saya tak kan sebutkan pasal berjaya itu mengikut kefahaman biasa kita. 

Sangat mudah, berjaya... Bila kita dapat berubah menjadi lebih baik, itulah berjaya. Berjaya kepada diri sendiri. Bahasa ringkasnya, berjaya->lebih baik. Contoh, mendapat degree, itu berjaya daripada tiada degree kepada ada degree. Mudah. Tapi.... Takkan setakat itu sahaja? 

Kita mahukan berjaya luar biasa. Bagaimana? Berjaya luar biasa bila mana kita dapat menjadikan seseorang itu berjaya seperti kita, mahupun lebih lagi. Nah.. Itulah berjaya yang kita kejar! 

Bagaimana? Pertama, berkongsi adalah cara untuk berjaya luar biasa. Kongsi setiap ilmu kita dengan orang lain. Kedua, memimpin orang itu bersama-sama bergerak dengan kita seiiringan. 

Baiklah, contohnya. Saya bertanya jalan ke Mid Valley dari Ampang. Pertama saya hanya tanya dan orang itu menunjuk jalannye melalui percakapan sahaja - dan sedikit lakaran. Ya, itu memudahkan saya tiba ke destinasi. Tetapi jika saya tanya dan orang itu iringi kereta saya sekali hingga ke destinasi, adalah lebih mudah untuk saya tiba, bukan? 

Begitulah, kita perlulah banyakkan memimpin orang, menolong orang jika kita sudah berjaya. Apalah nilai sebuah ilmu jika tidak disebarkan.

Saya tegaskan, adalah sangat penting untuk kita memimpin dan dipimpin! Ye! Jika kita berilmu, pimpinlah orang yang tidak berilmu. Dan jika kita jahil, carilah pimpinan dari yang mengetahui.

Cukuplah, sedikit yang terkesan ke hati itu lebih berharga dari banyak tapi tiada kesan. 

'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'
Al-Mu'minuun(23): Ayat 1

Nah.. Di lain masa kita cerita pasal orang beriman pula ya.. ^-^

Kalau tak beriman, tak berjaya lagi tu tau ;)

Sekian, terima kasih.

Saturday, 1 September 2012

Apa perasaan awak?



Assalamualaikum,

Kali ni saya nak post sikit lari tajuk. Heeee Tak salah rasanya. Hmmm saya yakin ramai antara kita pernah bercinta. Bercouple, berkasihan, dan berteman istimewa dengan seseorang.

Di tengah hari ini saya terfikir... Allah dah mengaturkan hidup saya sebaiknya.. Sangat sempurna. Mungkin hasil doa kita hari-hari. Allah tahu akan kelemahan saya, Allah maha mengetahui segalanya.

Cuma saya terfikir, apa yang sebenarnya mnyebabkan si dia mahu berpisah dengan saya?? (kisah silamku :) ) Yelah, mengikutnya memanglah kerana satu sebab ini.. Tapi saya macam tak yakin, mungkin ada sebab lain. Dan, saya tertanya-tanya, apa yang dia rasa sekarang, takkah dia rasa seperti aku rasa. Pelik, dengan mudahnya dia dapat meninggalkan saya. Tapi tak apa, saya tak sedih, cuma pelik saja, perempuan memang semua macam tu kah?? hehehe tak apalah, saya tak kisah.

Apa yang saya tahu, SEMUANYA KETENTUAN ALLAH. SANGAT MENAKJUBKAN PENGATURANNYA. Masya Allah! Allah Akbar!

Aku bersyukur kerana aku terpilih. Tak tahu bagaimana saya nak mnyatakan syukur aku lagi. Hanya tangisan boleh disampaikan, sesungguhnya saya insan yang lemah.

Pasti bosan dengan cerita di atas kan?? :D

Baiklah, saya cuma pelik, dia boleh menghilang begitu sahaja. Hebat! Thank you Allah!

'Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'
Al-Baqarah(2): Ayat 155


Terima Kasih.

Thursday, 30 August 2012

Perjanjian..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Apa itu perjanjian? Perjanjian itu adalah satu ikatan antara dua pihak. Contoh, saya berjanji untuk dengan seorang rakan untuk berjumpa malam ini pukul 9 malam. Nah.. itulah maksudnya, bila kita nyatakan 'saya berjanji mahu berjumpa awak malam ini' kita sudah terikat dengan orang itu untuk berjumpa pada malam itu.

Ha... Itulah maksudnya. Mudah saja. Ikatan antara dua pihak tentang sesuatu perkara.

Bebalik kepada Allah. Setiap manusia beragama Islam haruslah mempunyai akidah! Jika tiada akidah, mana Islamnya? Tiada! Anda setuju dengan saya? Pasti anda akan marah jika seseorang mengatakan anda tiada akidah. Yelah, apa taknya, ia sangat sensitif!

Okay! Apakah maksud akidah? AKIDAH ADALAH IKATAN. Simple. Umat islam Haruslah mempunyai akidah dengan Allah. Maksudnya seorang islam harus ada akidah dengan Allah. Harus ada ikatan dengan Allah. Harus ada perjanjian dengan Allah!

Nah.. inilah yang ingin disampaikan. PERJANJIAN DENGAN ALLAH! Selagi tiada perjanjian dengan Allah, selagi itu tiada Akidah. Sememangnya semua umat islam mempunyai akidah sebaik sahaja di ucapkan dari mulut 2 kalimah syahadah. Perjanjiannya adalah:

'Saya berikrar/berjanji/bersaksi tiada tuhan melain Allah,
Muhammad sebagai pesuruh/penyampai/perantaraan Allah'

Itulah janji kita. Hanya berikrar Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai perantaraan, iaitu satu-satunya orang yang patut kita ikut adalah Muhammad. Bagaimana? Sunnah-sunnahnyalah.

Tapi ingat, sekarang nabi sudah tiada, macam mana nak ikut nabi?? Berbalik pada khutbah nabi terakhir:

'aku tinggalkan 2 perkara, takkan sesat selagi mengikut keduanya, Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya'

Ha... Sebenarnya kita dah berjanji untuk mengikut. Tapi hakikatnya, kita mengingkarinya bukan? Amatlah zalim.

Dalam sejarah islam juga, Terjadinya Perjanjian Aqabah. Perjanjian antara nabi dan penduduk Yathrib. Ha.... Sanggupkah kita berjanji seperti Perjanjian Aqabah itu? Jika tak sanggup, selagi itulah tiada akidah yang kuat dengan Allah. Fikirkanlah.

Cukuplah untuk hari ini. Nanti bila free saya sambung lagi pasal perjanjian ini.

Terima Kasih,

الحمدلله

Wednesday, 29 August 2012

Cinta Remaja..

Assalamualaikum,

Malam ni terasa mahu bercerita tentang cinta remaja. :) Ramai yang merasa cinta di usia remaja, cinta monyet. Memang indah bukan, saya juga begitu. Pernah suatu ketika dahulu. Tapi bagi saya zaman bercinta monyet itu adalah zaman jahiliah saya.

Tipulah kalau bercinta monyet itu tidak ada rasa nk duduk rapat-rapat, pegang-pegang, dan sebagainya. Adakah itu mahunya Allah??

Semua antara kita mempunyai akal membezakan yang hak dan batil :)

Apa yang saya boleh katakan, cubalah cari turning point dalam hidup anda untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sekian, terima kasih ^-^

Sunday, 26 August 2012

Berfikir Sejenak..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,
Tiba-tiba saya terfikir, bagaimana mahu menjadi baik? Sekarang ni tak baik lagi kah? 
Nah... Inilah dia, adakah kita berasa kita baik dengan cara kita sekarang ini? Melihat maksiat di sana sini dengan rasa tak bersalah??

Fikirkanlah, apa saja bezanya zaman kita sekarang ini dengan zaman Arab Jahiliah dulu?? Tiada bezanya. 

Baiklah, adalah baik saya ceritakan tentang zaman jahiliah dulu, supaya kita dapat gambaran sedikit sebanyak gambaran.

Zaman Jahiliah digelarkan oleh Nabi Muhammad kepada zaman di Mekah sebelum datangnya Islam. Jahiliah ialah kebodohan, bodoh, tidak tahu. Mengapa Nabi mengata demikian?? Jahiliah kerana ketika itu bercampurnya antara kemaksiatan dan keislaman. Maksudnya perkara hak dan batil bercampur-campur. 

Bukti??

Nah.. Pemerintah di zaman itu adalah Amar Hisyam Al-Haj atau dikenali sebagai Abu Jahal. Ha.. Apa yang peliknya? Ye! Abu Jahal pun sudah naik haji. Al-Haj gelaran kepada yang telah naik haji. Di samping itu, terdapat banyak berhala di sekeliling Kaabah. Perkara-perkara mungkar masih berleluasa, mencuri, zina, bunuh anak berleluasa. Adakah dikata mereka tidak beragama?? Tidak, sebelum Muhammad, Ibrahim terlebih dahulu membawa ajaran. Adakah mereka tiada undang-undang? Tentunya tidak sama sekali, Mekah telah pun mempunyai sistem berdagang, jual beli. Berperintah, berundang-undang lagi. 

Cukuplah saya terangkan sedikit sebanyak tentang Jahiliah. Ha.!! Apa bezanya dengan sekarang? Tiada! Pasti anda tertenya-tanya apa yang boleh kita lakukan bukan? ummm, saya rasa cukuplah untuk peteng ini, penat rasanya, saya akan sambung pada post akan datang. 

'Barangsiapa yang mencari agama selain agam Islam, maka sesekali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi'
Ali 'Imran (3): Ayat 85

Terima kasih, :)


الحمدلله