Thursday, 4 October 2012

Bila hati sedih..

Assalamualaikum,

Harini nak bercerita sedikit. Putus cinta memanglah menyakitkan, menyedihkan. Tapi sampai bila? Nah, saya nak bercerita. Bagaimana seorang atlit bina badan boleh mencapai bentuk badan yang sebegitu mantap.

Jawapannya senang saja, disiplin. Baiklah, sebenarnya tiada kaitan pun :) Apa yang saya nak sampai kan, apa yang perlu dilakukan bila putus cinta.

Bila putus cinta, akan ada 2 pilihan saja, sama ada positif atau negatif. 

Pilihan positif, - 
1. selepas putus cinta, kita terus mengelakkan diri dari mengingati si dia, dan menyibukkan diri dengan benda lain. 

2. selepas putus cinta, kita dekatkan diri dengan Allah. Saya sangat yakin semasa kita bercouple, kita akan rasa jauh je dari Allah kan?. Sebabnya, kita pun berasa malu untuk meminta pertolongan Allah, sebab kita sedar akan kesalahan yang kita buat semasa bercouple tu kan? :) Jadi, gunakan alasan break up sebagai anjakan paradigma untuk mendekatkan diri dengan Allah. 
Cara mendekatkan diri dengan Allah adalah, dengan membanyakkan baca Al-Quran dan terjemahannya, banyakkan zikir, solat-solat sunat, selawat, sedekah, dan banyak lagilah.

3. selepas putus cinta, mata kita akan terbuka bahwa kata-kata manis, janji-janji manusia ini tidak boleh dipegang. Kerana manusia sering berubah-rubah. Apa taknya, bila bercouple, janji setia  segala, kata2 semua nak manis2 je an.. hahahaha Pengajarannya, kata-kata manusia ni kita tidak boleh pegang, hanya kalam Allah sahaja yang boleh dipegang. 

4. Selepas putus cinta, adalah lebih baik kita tanamkan dalam diri untuk tidak bercouple lagi. Sematkan dalam hati untuk mencari jodoh yang sebenar untuk dijadikan pasangan yang sah terus :) Nah, inilah yang terbaik. Couple itu tidak haram, tapi mendekatkan diri pada kemaksiatan. Jadi, baik dielakkanlah :)


Plihan negatif pula, -
1. kita akan menunggu pasangan yang meninggalkan kita itu walaupun dia sudah berkahwin. Nah, tu dia, macam ni punya orang pun ada. Dah cinta gila sangat dah tu an. hahahah 

2. Kita membalas dendam dengan ex kita itu dengan cara menyebarkan gambar2 peribadinya, memburukkan dia pada orang lain, kawan-kawan lain, dan keluarga. Ini lagi lah tidak patut. Yang lagi tak patut, bila kita menggunakan ilmu hitam untuk membalas dendam, naauzubillah.

3. Kita menyiksa diri dengan mogok lapar, bunuh diri, dan sebagainya yang dianggap kerja bodoh :p


Ha... cukuplah kot. Kesimpulannya, come on, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor an :D dekatkan diri dengan tuhan, sesungguhnya Allah itu kekasih abadi kita. Jangan nak tension-tension sebab putus cinta. bila dah putus tu, jangan lah berharap pasangan anda itu akan kembali pada anda, sebab peratusan untuk dei menerima anda semula adalah sangat rendah! 

Chill lah. Allah kan ada :) Jika si dia tak boleh menerima kita, yakinlah Allah akan beri jodoh sebenar untuk jadikan pasangan sampai mati :) Janganlah diingatkan sangat kenangan dengan si dia tu, sesekali kita perlu jadi heartless hahaha 

ok, thats all

Thanks!

Monday, 17 September 2012

Akidah-Ikatan?

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit pasal akidah. Saya bukanlah orang yang pakar dalam bab keagamaan, tapi sekadar mahu berkongsi ilmu Allah. Akidah atau ikatan dengan Allah adalah perjanjian manusia dengan Rab nya. Apa perjanjian itu?

Mudah sahaja,

  1. Melakukan segala suruhannya.
  2. Meninggalkan segala larangannya.
Mudah bukan. Simple je. Contohnya, suruhan Allah, lakukan amal soleh, seperti memberi sedekah, menolong ibu bapa, orang susah dan sebagainya. Banyak lagi suruhannya bolehlah dirujuk pada kitab-kitab atau laman-laman web yang banyak berkongsi ilmu.

Meninggalkan larangannya, seperti, maksiat, seperti membuka aurat, zina, memandang perkara mungkar, bergaul bebas dan sebagainya..

Dari mana panduannya? Al-Quran lah panduan yang lengkap untuk umat manusia :)

Sekian terima kasih.

Sunday, 16 September 2012

Tengok Cermin..

Assalamualaikum,

Harini rasa nak kongsi doa tengok diri dalam cermin. Saya copy and paste je picture berikut dari google ;)

Ha... Lepas ni, bila nak berhansem-hansem depan cermin tu, jangan lupa ingat dalam hati, 

'YA ALLAH, ENGKAU MENCIPTAKAN TUBUHKU SEDEMIKIAN DENGAN CANTIK, KAU CANTIKKANLAH PULA AKHLAKKU.'

Mudah kan? ^-^ dari situ kita berdoa untuk mendapat akhlak yang cantik, indah dan sempurna sebagaimana Allah telah sempurnakan penciptaan kita.

Sekian, terima kasih.

Saturday, 15 September 2012

Berjaya?

Assalamualaikum,

Malam-malam macam ni rasanya lagi tenang untuk berbicara. Walaupun besok pagi-pagi pukul 5 setengah dah nak kene bangun - nak naik Bukit Broga, tapi kita harus yakin jika niat baik, akan dipermudahkan cara.

Malam ni nak cerita sedikit pasal berjaya. Suka untuk saya menceritakan sesuatu yang jarang diceritakan oleh orang lain. So, saya tak kan sebutkan pasal berjaya itu mengikut kefahaman biasa kita. 

Sangat mudah, berjaya... Bila kita dapat berubah menjadi lebih baik, itulah berjaya. Berjaya kepada diri sendiri. Bahasa ringkasnya, berjaya->lebih baik. Contoh, mendapat degree, itu berjaya daripada tiada degree kepada ada degree. Mudah. Tapi.... Takkan setakat itu sahaja? 

Kita mahukan berjaya luar biasa. Bagaimana? Berjaya luar biasa bila mana kita dapat menjadikan seseorang itu berjaya seperti kita, mahupun lebih lagi. Nah.. Itulah berjaya yang kita kejar! 

Bagaimana? Pertama, berkongsi adalah cara untuk berjaya luar biasa. Kongsi setiap ilmu kita dengan orang lain. Kedua, memimpin orang itu bersama-sama bergerak dengan kita seiiringan. 

Baiklah, contohnya. Saya bertanya jalan ke Mid Valley dari Ampang. Pertama saya hanya tanya dan orang itu menunjuk jalannye melalui percakapan sahaja - dan sedikit lakaran. Ya, itu memudahkan saya tiba ke destinasi. Tetapi jika saya tanya dan orang itu iringi kereta saya sekali hingga ke destinasi, adalah lebih mudah untuk saya tiba, bukan? 

Begitulah, kita perlulah banyakkan memimpin orang, menolong orang jika kita sudah berjaya. Apalah nilai sebuah ilmu jika tidak disebarkan.

Saya tegaskan, adalah sangat penting untuk kita memimpin dan dipimpin! Ye! Jika kita berilmu, pimpinlah orang yang tidak berilmu. Dan jika kita jahil, carilah pimpinan dari yang mengetahui.

Cukuplah, sedikit yang terkesan ke hati itu lebih berharga dari banyak tapi tiada kesan. 

'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'
Al-Mu'minuun(23): Ayat 1

Nah.. Di lain masa kita cerita pasal orang beriman pula ya.. ^-^

Kalau tak beriman, tak berjaya lagi tu tau ;)

Sekian, terima kasih.

Saturday, 1 September 2012

Apa perasaan awak?



Assalamualaikum,

Kali ni saya nak post sikit lari tajuk. Heeee Tak salah rasanya. Hmmm saya yakin ramai antara kita pernah bercinta. Bercouple, berkasihan, dan berteman istimewa dengan seseorang.

Di tengah hari ini saya terfikir... Allah dah mengaturkan hidup saya sebaiknya.. Sangat sempurna. Mungkin hasil doa kita hari-hari. Allah tahu akan kelemahan saya, Allah maha mengetahui segalanya.

Cuma saya terfikir, apa yang sebenarnya mnyebabkan si dia mahu berpisah dengan saya?? (kisah silamku :) ) Yelah, mengikutnya memanglah kerana satu sebab ini.. Tapi saya macam tak yakin, mungkin ada sebab lain. Dan, saya tertanya-tanya, apa yang dia rasa sekarang, takkah dia rasa seperti aku rasa. Pelik, dengan mudahnya dia dapat meninggalkan saya. Tapi tak apa, saya tak sedih, cuma pelik saja, perempuan memang semua macam tu kah?? hehehe tak apalah, saya tak kisah.

Apa yang saya tahu, SEMUANYA KETENTUAN ALLAH. SANGAT MENAKJUBKAN PENGATURANNYA. Masya Allah! Allah Akbar!

Aku bersyukur kerana aku terpilih. Tak tahu bagaimana saya nak mnyatakan syukur aku lagi. Hanya tangisan boleh disampaikan, sesungguhnya saya insan yang lemah.

Pasti bosan dengan cerita di atas kan?? :D

Baiklah, saya cuma pelik, dia boleh menghilang begitu sahaja. Hebat! Thank you Allah!

'Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'
Al-Baqarah(2): Ayat 155


Terima Kasih.

Thursday, 30 August 2012

Perjanjian..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Apa itu perjanjian? Perjanjian itu adalah satu ikatan antara dua pihak. Contoh, saya berjanji untuk dengan seorang rakan untuk berjumpa malam ini pukul 9 malam. Nah.. itulah maksudnya, bila kita nyatakan 'saya berjanji mahu berjumpa awak malam ini' kita sudah terikat dengan orang itu untuk berjumpa pada malam itu.

Ha... Itulah maksudnya. Mudah saja. Ikatan antara dua pihak tentang sesuatu perkara.

Bebalik kepada Allah. Setiap manusia beragama Islam haruslah mempunyai akidah! Jika tiada akidah, mana Islamnya? Tiada! Anda setuju dengan saya? Pasti anda akan marah jika seseorang mengatakan anda tiada akidah. Yelah, apa taknya, ia sangat sensitif!

Okay! Apakah maksud akidah? AKIDAH ADALAH IKATAN. Simple. Umat islam Haruslah mempunyai akidah dengan Allah. Maksudnya seorang islam harus ada akidah dengan Allah. Harus ada ikatan dengan Allah. Harus ada perjanjian dengan Allah!

Nah.. inilah yang ingin disampaikan. PERJANJIAN DENGAN ALLAH! Selagi tiada perjanjian dengan Allah, selagi itu tiada Akidah. Sememangnya semua umat islam mempunyai akidah sebaik sahaja di ucapkan dari mulut 2 kalimah syahadah. Perjanjiannya adalah:

'Saya berikrar/berjanji/bersaksi tiada tuhan melain Allah,
Muhammad sebagai pesuruh/penyampai/perantaraan Allah'

Itulah janji kita. Hanya berikrar Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai perantaraan, iaitu satu-satunya orang yang patut kita ikut adalah Muhammad. Bagaimana? Sunnah-sunnahnyalah.

Tapi ingat, sekarang nabi sudah tiada, macam mana nak ikut nabi?? Berbalik pada khutbah nabi terakhir:

'aku tinggalkan 2 perkara, takkan sesat selagi mengikut keduanya, Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya'

Ha... Sebenarnya kita dah berjanji untuk mengikut. Tapi hakikatnya, kita mengingkarinya bukan? Amatlah zalim.

Dalam sejarah islam juga, Terjadinya Perjanjian Aqabah. Perjanjian antara nabi dan penduduk Yathrib. Ha.... Sanggupkah kita berjanji seperti Perjanjian Aqabah itu? Jika tak sanggup, selagi itulah tiada akidah yang kuat dengan Allah. Fikirkanlah.

Cukuplah untuk hari ini. Nanti bila free saya sambung lagi pasal perjanjian ini.

Terima Kasih,

الحمدلله

Wednesday, 29 August 2012

Cinta Remaja..

Assalamualaikum,

Malam ni terasa mahu bercerita tentang cinta remaja. :) Ramai yang merasa cinta di usia remaja, cinta monyet. Memang indah bukan, saya juga begitu. Pernah suatu ketika dahulu. Tapi bagi saya zaman bercinta monyet itu adalah zaman jahiliah saya.

Tipulah kalau bercinta monyet itu tidak ada rasa nk duduk rapat-rapat, pegang-pegang, dan sebagainya. Adakah itu mahunya Allah??

Semua antara kita mempunyai akal membezakan yang hak dan batil :)

Apa yang saya boleh katakan, cubalah cari turning point dalam hidup anda untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sekian, terima kasih ^-^

Sunday, 26 August 2012

Berfikir Sejenak..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,
Tiba-tiba saya terfikir, bagaimana mahu menjadi baik? Sekarang ni tak baik lagi kah? 
Nah... Inilah dia, adakah kita berasa kita baik dengan cara kita sekarang ini? Melihat maksiat di sana sini dengan rasa tak bersalah??

Fikirkanlah, apa saja bezanya zaman kita sekarang ini dengan zaman Arab Jahiliah dulu?? Tiada bezanya. 

Baiklah, adalah baik saya ceritakan tentang zaman jahiliah dulu, supaya kita dapat gambaran sedikit sebanyak gambaran.

Zaman Jahiliah digelarkan oleh Nabi Muhammad kepada zaman di Mekah sebelum datangnya Islam. Jahiliah ialah kebodohan, bodoh, tidak tahu. Mengapa Nabi mengata demikian?? Jahiliah kerana ketika itu bercampurnya antara kemaksiatan dan keislaman. Maksudnya perkara hak dan batil bercampur-campur. 

Bukti??

Nah.. Pemerintah di zaman itu adalah Amar Hisyam Al-Haj atau dikenali sebagai Abu Jahal. Ha.. Apa yang peliknya? Ye! Abu Jahal pun sudah naik haji. Al-Haj gelaran kepada yang telah naik haji. Di samping itu, terdapat banyak berhala di sekeliling Kaabah. Perkara-perkara mungkar masih berleluasa, mencuri, zina, bunuh anak berleluasa. Adakah dikata mereka tidak beragama?? Tidak, sebelum Muhammad, Ibrahim terlebih dahulu membawa ajaran. Adakah mereka tiada undang-undang? Tentunya tidak sama sekali, Mekah telah pun mempunyai sistem berdagang, jual beli. Berperintah, berundang-undang lagi. 

Cukuplah saya terangkan sedikit sebanyak tentang Jahiliah. Ha.!! Apa bezanya dengan sekarang? Tiada! Pasti anda tertenya-tanya apa yang boleh kita lakukan bukan? ummm, saya rasa cukuplah untuk peteng ini, penat rasanya, saya akan sambung pada post akan datang. 

'Barangsiapa yang mencari agama selain agam Islam, maka sesekali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi'
Ali 'Imran (3): Ayat 85

Terima kasih, :)


الحمدلله

Syukran..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Malam ini bersambung mengenai post yang lepas, iaitu syukur atau syukran atau berterima kasih. bila dikatakan mengenai berterima kasih, ia berbentuk satu penghargaan atas sebuah jasa yang kita terima. 

Dalam kontaks insan dengan Rab nya, insan berterima kasih kepada Rab atas segala pemberian rezeki, kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan banyak lagi nikmat bukan? Semestinya lagi lagi bertambahlah terima kasihnya berbanding terima kasih sesama manusia. Oleh itu, bagaimana mahu berterima kasih itu??

Sangat mudah, kita ambil contoh haritu, seorang abang menghadiahi adiknya seutas jam. Si adik akan menunjukkan rasa terima kasih, rasa penghargaan dengan cara menggunakan jam itu selalu dengan bangganya bukan? ya!

Samalah dengan Allah, sebagai tanda terima kasih, kita gunakan hadiahnya sebaiknya. hadiah yang dimaksudkan bukan hanya kenikmatan yang dikurnia Nya, tetapi hadiah yang utama adalah AL-QURAN.

Ha... Inilah yang mahu disampaikan, MANUASIA MENGGUNAKAN HADIAH ALLAH (AL-QURAN) SEPENUHNYA DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KEPADA-NYA!

'Alif laam miim (Hanya Allah Yang Mengetahui arti, maksudnya). Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa'
Al-Baqarah (2):Ayat 1-2

Ayat yang kedua dari surah kedua, awal-awal lagi Allah dah peringatkan kita tetang Al-Quran sebagai petunjuk, cara hidup, panduan, rujukan, tauladan kepada insan. 

Renung-renungkanlah wahai manusia, tidakkah rasa malu, menerima segala kenikmatan dari Allah sedang apa yang kita buat sebagai tanda terima kasih?? 

Ingatlah, sekadar membaca Al-Quran hanyalah 1 daripada 3 proses pembelajaran Al-Quran. Sehebat manapun bacaanmu, jikalau kamu tidak memahaminya, samalah juga seperti kamu membaca bacaan sedang kamu tidak memahami bahasa isi bacaan itu. 

Oleh itu, amatlah penting untuk memahami isi Al-Quran itu. Proses pembelajaran Al-Quran ada 3:
  1. Menguasai bacaannya
  2. Menguasai faham isi maksud kandungan
  3. Menghafaz isi Al-Quran
Fikir-fikirkanlah....

^-^


الحمدلله

Thursday, 23 August 2012

Satu Cadangan..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Malam-malam begini rasanya lebih tenang untuk saya berbicara terus ke dasar hati. Pernahkah anda terfikir apa yang anda inginkan dalam hidup anda?

Anda mahu kaya? Berjaya dalam kerjaya? Berkeluarga bahagia? Manusia sememangnya mahukan kesempurnaan. Jika mahu menjadi kaya, setakat kerja government, senang-senang je dapat loan beli rumah, kereta second class.

Apa yang saya ingin sampaikan, adalah kehidupan ini jikalau mengejar harta dunia, memang tak ke mana. Oleh itu kita haruslah mencari sesuatu iaitu bekalan untuk menempuh hari muka. Mungkin ramai yang masih tidak mengerti atau tidak mendapat petunjuk untuk melakukan perubahan.

Untuk malam ini saya ingin menceritakan sedikit tentang BERSYUKUR. Ramai yang kata kita perlu bersyukur. Sedangkan tahukah kita erti sebenar syukur itu.

Dari segi kata yang mudah, syukur itu adalah berterima kasih (syukran). Sebagai contoh, kita menerima hadiah daripada seseorang, semestinya kita berterima kasih, iaitu bersyukur kepada orang tu. Tapi takkan hanya melalui kata-kata, kita menzahirkan kesyukuran itu??

Pastinya tidak cukup dengan hanya mengungkapkan dengan mulut akan kesyukuran, tetapi lebih berkesan lagi dengan perbuatan. Iaitu, kita akan menggunakan pemberian orang itu hari-hari, dan semestinya si pemberi itu berasa dihargai bukan?

Samalah konsepnya dengan hubungan kita dengan Allah, takkan cukup mengatakan saya bersyukur dengan nikmat-Mu sahaja. Ia haruslah diiringin dengan perbuatan.

Tetapi rasanya saya akan menyambung pada post yang akan datang berkenaan cara untuk kita bersyukur sebenarnya.

Sepotong ayat untuk renungan,

'Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur'
Surah Al-A'raf(7): Ayat 10

Sekian terima kasih.

الحمدلله

Tuesday, 21 August 2012

Membazir..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, 

Di hari raya ke tiga ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan sikap yang tidak dapat dielakkan semasa musim perayaan, iaitu membazir.

Dan seperti biasa, dalam apa jua situasi dalam hidup ini, rujukan utama kita adalah Al-Quran,

'Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu ufur terhadap Tuhannya'
Al-Israa'(17): Ayat 26-27

Jelas sekali Allah menegaskan tetntang seriusnya masalah pembaziran sehinggakan Allah menyamakan si pembazir dengan saudara syaitan.

Daripada ayat tersebut, dirungkaikan, janganlah kita membazir agar kita tidak menjadi kufur. Kufur ialah tidak beriman, atau mendustakan suruhan Allah. 

Dengan itu, sekian terima kasih.

الحمدلله

Monday, 20 August 2012

Selamat Hari Raya 'Aidilfitri.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Selamat hari raya kedua saya ucapkan. Bersempena dengan hari raya ini saya ingin berkongsi sepotong ayat:

'(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.'


Al-Baqarah(2) : Ayat 185

Ayat ini jelas menunjukkan dan menerangkan mengenai puasa di bulan Ramadhan. Maka jelas sekali terbukti Al-Quran itu sebagai petunjuk bagi orang yang berilmu.

Di akhir ayat itu ada menyatakan:
'dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa dan supaya kamu membesarkan Allah dan supaya kamu bersyukur'

Ini menerangkan berkenaan hari raya yang dirayakan setelah sempurna puasa sebulan dan bagi menunjukkan rasa syukur, diperbanyakkan takbir.

Sekian ini sahaja untuk hari ini.

Ingat, sehari sepotong ayat ye..

:)

الحمدلله

Permulaan Bicara :)

Assalamualakum,

Saya baru dalam bidang blogging ini, tujuan saya hanyalah untuk berkongsi dengan semua sedikit sebanyak ilmu Allah. Kerana semua ilmu, kebijaksanaan itu milik Allah kita sebagai penyampai sahaja. 

Terima kasih.